Friday, 7 January 2011

teori dalam pembelajaran

Pendekatan yang sering kita gunakan dalam pembelajaran di dasari oleh beberapa teori. Teori-teori tersebut ialah Teori Behaviourisme, Teori Konstruktivisme, Teori Kognitif, Teori Andragogi dan Teori Kontekstual.

a. Teori Behaviourisme
Teori behaviourisme menyatakan bahawa pembelajaran berlaku apabila tindakan dilakukan secara berulang dan menjadi kebiasaan. Teori ini berfokus kepada kehendak diri sendiri dan tingkah laku yang disengajakan. Tingkah laku yang berulang itu dapat dikekalkan dengan peneguhan.
b. Teori Konstruktivisme
Teori Konstruktivisme ditakrifkan sebagai pembelajaran yang bersifat generatif, iaitu tindakan mencipta sesuatu maksud daripada apa yang mereka pelajari. Konstruktivisme sebenarnya bukan merupakan idea yang baru, apa yang dilalui dalam kehidupan kita selama ini merupakan himpunan dan pembinaan pengalaman demi pengalaman . Ini menyebabkan seseorang itu mempunyai pengetahuan dan menjadi lebih dinamik.
Pendekatan Konstruktivisme mempunyai beberapa konsep umum seperti:
1. Pelajar aktif membina pengetahuan berasaskan pengalaman sedia ada.
2. Dalam konteks pembelajaran, pelajar seharusnya membina sendiri pengetahuan mereka.
3. Pentingnya membina pengetahuan secara aktif oleh pelajar sendiri melalui proses saling mempengaruhi di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru.
4. Unsur terpenting dalam teori ini ialah seseorang membina pengetahuan dirinya secara aktif dengan cara membandingkan maklumat baru dengan pemahamannya yang sedia ada.
5. Ketidakseimbangan merupakan faktor motivasi pembelajaran yang utama. Ia berlaku apabila seorang pelajar menyedari idea-ideanya tidak konsisten atau secocok dengan penerangan saintifik.
6. Bahan pengajaran yang disediakan perlu mempunyai perkaitan dengan pengalaman pelajar untuk menarik minat pelajar.
c. Teori Kognitif
Teori kognitif menerangkan bahawa pembelajaran adalah perubahan dalam pengetahuan yang disimpan di dalam memori. Teori kognitivisme bermaksud penambahan pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang atau perubahan pada skema atau struktur pengetahuan.
Perisian dibina dengan bermatlamat. Dengan cara ini pengguna perlu menggunakan struktur intelek untuk mengorganisasikan pengetahuan, seterusnya menghasilkan projek yang inovatif dan kreatif.
d. Teori Andragogi
Perisian dibina untuk diguna pakai oleh pelajar sama ada secara kumpulan atau bersendirian. Perisian ini bertujuan untuk memberikan satu alternatif kepada guru-guru untuk menghasilkan satu bentuk pengajaran menggunakan aplikasi komputer.
Teori Andragogi dipelopori oleh Malcolm Shepherd Knowles (1913-1997).
Teori ini mengatakan bahawa golongan orang dewasa ialah terarah kendiri dan mereka bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan keputusan yang mereka buat.
Perisian yang dibina mengambil pendekatan teori Andragogi.
Objektif setiap perisian dinyatakan dengan jelas.
Setiap kemahiran yang cuba diterap merupakan aktiviti 'hands-on'.
aktiviti di dalam perisian ini tidak berbentuk hafalan malah lebih kepada mengaitkan hubungan sebenar persekitaran dengan hasil yang diperolehi melalui aktiviti yang dijalankan.
Pelajar menjalankan aktiviti dengan terarah kendiri. Menu perisian disediakan supaya pengguna atau pelajar boleh membuat pilihan pembelajaran kerana pembelajaran merupakan tanggungjawab mereka sendiri.
e. Teori Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran hanya akan berlaku jika pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru yang dapat dikaitkan dengan persekitaran mereka. Pelajar akan dapat belajar dengan lebih berkesan jika persekitaran memberi makna dalam pembelajaran yang sedang berjalan.
Pembina akan memasukkan unsur-unsur persekitaran dalam binaan perisian supaya pengguna dapat menghubungkan pembelajaran mereka dengan persekitaran. Perisian ini menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual. Guru-guru atau pengguna akan menjalankan aktiviti membina grafik lukisan yang memerlukan pengguna menggunakan perkaitan benda hidup di persekitaran seperti pokok dan rama-rama.
Mengaitkan persekitaran tersebut akan memberi hasilan yang baik dan realistik seperti mewarnakan pokok serta rama-rama yang diluk Artikel Terkait di Bawah posting

0 Responnnnnnn :

Post a Comment

Silakan anda berikan saran atau komentar untuk membangun blog haur gading menjadi lebih baik,, ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...